-->
skip to main | skip to sidebar
Secret

Pages

  • Home
  • My ex-school

My ex-school



Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu

Pasukan Kalam Jama'i SKTB
Majlis Khatam Al-Quran dan Mahrajan J-Qaf Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu 2011/1432 diadakan di SK.Padang Mengkuang,Marang,Terengganu pada 10 November 2011.Majlis bermula jam 8.00pagi.Seramai 30 murid tahun 6 SKTB menyertai Kalam Jama'i.


Pembahagian Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012
Seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2012 oleh Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Najib b. Razak bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah maka rakyat diberikan bantuan sebanyak RM100. Bantuan RM100 ini dijalankan di sekolah masing-masing di seluruh Malaysia. Bagi SK Tengku Bariah Majlis Pembahagian Bantuan RM100 diadakan pada 16 November. Majlis itu dirasmikan oleh YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh iaitu Penyelaras Dun Ladang yang berlangsung di Dataran Seri Bariah pada pukul 10.00 pagi. Di dalam majlis itu Puan Guru Besar iaitu Puan Hjh Azma bt Senun menyerahkan replika cek sebanyak RM58,200 kepada YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh. Selepas itu, guru kelas membahagikan bantuan itu di kelas masing-masing kepada murid-murid sambil ditemani oleh ibu bapa masing-masing.


Majlis Qurban Peringkat Sekolah 1432H

Majlis Qurban Peringkat Sekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah diadakan pada 8 November 2011(Selasa) jam 12.00 hingga 1.30 tengah hari di Dataran Perhimpunan SKTB.

 

kem Robotik

 

4 orang murid Tahun 4 SKTB bersama guru pengiring mereka,Cikgu Ahmad Adzha telah terpilih mewakili negeri Terengganu untuk Kem Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 bertempat di SK Kandis, Bachok,Kelantan pada 21 hingga 25 Oktober yang lalu, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.
0 COMMENTS



Majlis Khatam Al-Quran

Perasmian oleh:
Tuan Haji Ali bin Abu Bakar
NYDP Persatuan Ibubapa Guru
di:
Dataran Seri Bariah
pada:
20 Oktober 2011
8.30 pagi
Sabda Rasulullah s.a.w
Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatan sesuatu pun daripada ayat Al-Quran seperti rumah yang roboh.
Barangsiapa yang membaca Al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al-Quran dan mereka berdoa denganya.

Hadis Riwayat Ibnu-Mas'ud r.a.
Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan,satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala,aku tidak bermaksud: Alif ,Lam dan Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

jagan lupe kalu lawat blog nie follow tau.. heheh

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

floting music box

follow and dahsboard

graphic glitter

about me

:)
love teddy bear also like anime
my bestie fwenze is aimy and rosniza
have 3 brothers

shoutmix

chibi anime


About Me

My photo
Nagi Sanzenin
View my complete profile

sticker


My Follower

Animated  Sparkly Love Heart

sparkling curso

meletak disable right

flooting up and home botton

flooting button


 

background